Powered By Blogger

Saturday, January 16, 2016

JANGAN JUDGE 1.0

Hampir dua hari aku tidak keluar rumah menyebabkan aku rasa sesak nafas. Sesak nafas melihat empat penjuru bilik yang kecil. Sesak nafas melihat ‘screen’ computer riba aku yang kecil,  sesak nafas makan makanan segera yang tidak sihat.

Aku membuat keputusan untuk keluar melihat alam, menghirup udara musim sejuk Incheon. Argh, tak kisah lah kalau pun cuaca sudah mencapai tahap bawah kosong. Aku terus mencapai tudung dan menyarung jaket.

 Alhamdulillah, sempat lagi tengok dunia. Aku mengatur langkah ke arah coffee shop kegemaran aku, Paik’s. Paik’s Coffee shop yang bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis coffee yang murah, bahkan banyak dan sedap! Memang kalau aku beli, hampir separuh hari jugak aku perlukan untuk habiskan coffee Paik’s ini.

‘Wonjo naengkopi hana chuseyo (원조냉커피하나주세요- Kopi Ais original satu),’ ujarku kepada pekerja Paik’s sambil tersenyum. Uish, lamanya aku tak jumpa manusia. Rasa nak senyum dekat semua orang. Almaklumlah, terperap dalam bilik selama dua hari. Agak-agak apa perasaan. Seronoknya keluar bilik!

Sementara menunggu pesanan, aku sekadar memerhatikan karenah beberapa gadis korea yang turut sedang menunggu pesanan. Mereka bercakap dengan suara yang sangat kuat. Kadang-kadang tercetus ketawa dari perbualan mereka. Isi perbualan? Tak usahlah dibicarakan, lagha semua itu.

‘Hish, kuatnya. Bising lah’.

Semestinya aku hanya mampu bermonolog sendiri. Jangan tempah maut nak cakap kuat-kuat benda yang menyakitkan hati orang. Ehehe

‘ Wonjo naengkopi nawassemnida!(원조냉커피 나왔습니다-Kopi Ais original siap),”

Terus aku mengambil pesanan aku lantas keluar dari coffee shop tersebut, meneruskan perjalanan aku ke destinasi lain. Destinasi yang ada makanan sedap. Hahaha.

Aku terserempak lagi dengan beberapa lelaki korea yang juga bercakap dengan suara yang kuat. Mereka sedang berbincang sesuatu yang serius agaknya.Macam nak bergaduh dah aku tengok. Aha, tengah berdebat pasal ‘nak makan mana’. Tidak dinafikan lagi memang satu isu yang serius; kalau salah langkah boleh membawa pergaduhan yang besar. Lagi sekali, aku hanya mampu untuk bermonolog dalam hati.

Aku terfikir, kenapa semua orang yang aku lihat hari ini bercakap dengan suara yang kuat? Mereka seolah-olah tidak ‘consider’ orang lain, seolah-olah tenggelam dalam dunia mereka. Atau hanya aku seorang yang berperasaan begitu?

Aku cuba untuk memahami mereka dengan meletakkan diri aku dalam keadaan mereka.

Situasi mereka: Aku berada dalam sekumpulan kawan yang aku selesa, sangat rapat. Sudah tentu aku akan bercakap dalam keadaan yang ‘excited’ kata orang putih.

Situasi aku ketika itu: Aku baru keluar rumah, lama tak jumpa orang, dan jalan seorang diri. Sedih gila.

Dapat tak point aku? Kadang-kadang, aku sendiri pun kalau aku jumpa member seangkatan tak betul dengan aku, aku pun rasa happy, cakap kuat-kuat, gelak kuat-kuat. Aku dengan kawan-kawan aku setakat ini dalam lima tahun duduk negara yang tak faham BAHASA MELAYU, adalah dalam sepuluh kali jugak kena tegur sebab cakap terlalu kuat. Bahasa yang orang tak faham pulak tu.

Analogi dia mudah.

Setiap kali engkau, engkau dan engkau nak judge orang, tolong letakkan diri kau dalam tapak kasut orang tu sendiri. Lepas tu, kau akan faham jugak. Aku baru dapat kesedaran tu hari ni.
Alhamdulillah.


I learned something selepas mereput dekat rumah dua hari.


Nilah coffee Paik's yang aku beli on that day. Sedap sangat!*lovelovelove*

No comments:

Post a Comment