Powered By Blogger

Friday, February 12, 2016

Korean + Manner


Lama sangat aku berehat nie. Ehe.
Banyak urusan yang nak kena diuruskan, so aku settlekan dulu apa yang patut.
Haha. gedik je. Mana ada urusan. Malas je lebih

Okey fine. Hari ni aku macam takde kerja sangat, so lepas subuh aku lepak je la atas katil tunggu masa bank bukak  sebab aku nak pi tukar duit (gedik, padahal bank pukul 7 dah bukak. Kalau aku tak silap). Ngam-ngam pukul 10 pagi, aku siap-siap keluar rumah bawak laptop, bawak buku, and duit semua.

First: Dekat bank, macam biasa pekerja tu sambut dengan senyuman penuh mesra. Walaupun pagi-pagi biasanya takde orang, tapi dalam 4 kaunter jugak bukak. Sangat beza la kalau kat Malaysia. Biasa aku pergi bank dekat Malaysia, urgh...Boleh dapat darah tinggi sebelum 30 tahun. Rasa nak mengamuk je. Orang ramai, bukak kaunter nya satu. "BIJAK CERDIK"

Okey. Pastu aku cakap lah aku nak tukar duit. Dalam 5 minit je selesai urusan aku. Tak payah tercangak lama-lama sampai sejam. Nak cerita jugak lah, aku pernah tercangak dalam sejam jugak kat bank semata nak buat akaun. LOls sungguh. Pastuh, bukan nak senyum. Bukan lah nak kata apa, tapi dah tahu kerja ko tu jumpa customer, memang duduk dekat depan kaunter, ko nak taknak kena jugak senyum. Kat Korea ni, kalo ko tak senyum, ko boleh kena report. Tak payah tunggu customer, manager dia sendiri pecat ko. Okey. Tu satu bebelan luar biasa panjang. Bukan ape, bengkek je.

Second: Aku pergi lepak kedai kopi lepas pi bank. Macam biasa sejuk hati tengok orang kat kaunter. And  sebenarnya aku kena tunggu budak korea ni sebab nak bagi buku. Erm...
And ni bukan first time la. Dalam 3 kali aku berurusan dengan orang korea, kalo dia rasa terhutang budi dengan ko, ko nak tak nak ke confirm dia akan beli kan something untuk ko.

    Contoh 1) Aku pernah terbuat dalam 80% la jugak report and tak pasal-pasal report team aku dapat highest mark pulak dalam kelas tu. So team member aku belanja makan sebab serba salah rasa macam dia dapat markah free jugak.

   Contoh 2) Aku bagi buku free je kat budak ni. Dia belanja coffee.

   Contoh 3) Aku bagi buku free je kat budak ni. Dia belanja kek.

Nak kata, dorang ni selagi boleh taknak terhutang budi dengan sesapa. Ko buat baik, dia terus balas tang tang tu jugak.

Third) Aku ngan roomate aku cam baik la jugak dengan tuan rumah, Dia punya sedihnya bila tahu tarikh kitorang balik, bape kali ntah nanges.

Setakat ni, yang aku nampak orang korea ni sangat menjaga manner, sangat menghargai orang kalau dia dapat benefit @ dapat kebaikan dari ko. Aku cerita bukan apa, sebab kadang-kadang sedih bila tengok orang melayu kita @ kadang sedara ko sendiri, dia tak hargai apa ko buat, and anggap kebaikan yang ko buat tu adalah satu benda yang memang sepatutnya berlaku.

Contoh: Aku penah jumpa budak taks enonoh macam ni. Dia waktu susah bukan main lah beriya nak mintak tolong bagai, senyum, contact msg hari-hari . Tapi bila dah dapat, msg terima kasih pun takdak!. Ha. Ni perangai.

Pernah gak jumpa, budak yang pinjam assigment member, tiru sedap tak sedar member tu tak tido malam buat kerja. Aku memang tak dapat nak kata apa lah sebab perangai manusia memang banyak jenis.

Tapi aku nak persoalkan macam mana orang korea ada common sense untuk buat baik, tapi orang kita takde sense langsung?

Dah, habes dah bebelan aku. Bye.



Saturday, January 23, 2016

Cat's cafe in Seoul (고양이 카페 야웅)


Alright, mood banyak nak menulis sikit hari ni. So, tulis pasal kucing la. Haha...

kalau sapa-sapa penah travel ke Korea sure tahu yang kat seoul ni banyak cafe kucing. Hahaha...Well, kucing yang terjaga. Memang nak masuk cafe ni, kena disinfect tangan-tangan kita guna sanitizer sebelum kita nak masuk main dengan kucing-kucing depa. Isk high maintainence kucing depa.

Kadang-kadang tengok cam kucing kampung je pun.

Kat sini banyak sangat cat cafe, tapi ada yang macam dah lama sangat bukak sampai kucing-kucing dia tak heran dengan manusia dah. Orang datang kacau-kacau pun buat derk je masuk rumah dia tidoq. Hish. Sampai hati jugak la. So tips dia, carik cat cafe yang baru bukak, so that korang pun tak rasa membzair sangat duit. haha...

Mesti rasa macam isk kucing kat tepi jalan pun banyak, sibuk nak bayar mahal-mahal masuk cat cafe.
Well, kalo nak jumpa kucing baka baik, yang ribu raban , ni la tempat yang sesuai.

Kucing tak ada bulu, kucing bulu tebal, bulu panjang, telinga ketot, telinga panjang. Semua ada. Tak tipu.

Harga? 8000won. termasuk coffee..haha..coffee bukan takat coffee yang murah kat mamak tu okeyy..

Caramel macchiato, caffe latte, caramel frappe, banyak lagi la. Tapi please order tengok menu okey. Jangan mintak something yang takde dalam menu.

Kat malaysia boleh buat mcam tu. Contoh milo tabur eventhough aku tak pernah lagi nampak milo tabur tu ada dalam menu..ehehehe..OMG, nak milo tabur. Okey merapu.


Yang aku pergi ni, kat shincheon, believe me kucing dia sangat terbaik. Dia main macam hape jee. Depa explore semua barang kau, duduk sebelah ko, main jalan selamba jee atas ko (note cafe ni duduk bersila atas lantai). Pendek kata aku happy la datang cafe ni..memang terbssss.

Aku share gambar after aku habes merapu okey.

Before ni aku pernah pergi yang dekat myongdong, and dekat hongdae. Cam sedih la tengok kucing-kucing dia. Yang dekat myongdong tu ada dalam 4-5 ekor dok tengok mengadap tingkap. Rindu nak keluar jalan-jalan agaknya. Aku try main pun depa buat derk. Ceh la jugak.

Yang dekat hongdae not bad, sebab pekerja dia sangat baik. Siap tolong angkat sekor kucing bagi kat aku. Hahaha...Kucing dia pulak purr purrr tidoq dalam setengah jam jugak la kat atas riba aku sampai lenguh xboleh gerak langsung..Yang ni sesuai untuk sapa-sapa yang suka kucing passive, tido je keja, xnak main.

Ni gambar yang dekat sincheon cat cafe. Nama betul, aku tak ingat. Sorry sebab aku memang pelupa orang nya.kehkeh

  Makhluk yang duduk je sbelah kitorang tak gerak-gerak.


 Ni kucing yang dok selongkar barang kitorang. Bajet ada makanan dia la kot.
Aha, biasanya cat cafe jual makanan standard kucing-kucing ni so boleh la beli around 1000 won~3000won gitu je kut. Yang mahal tu sebab bagi makan ayam..=.='  Demand ko kucing.

Bila tengok kita ada makanan, insyaAllah ko akan di layan macam superstar or idol oleh kucing-kucing tersebut. Lumrah alam.  hehehe



Bila kucing macam ni rehat, maksud nya, bukan shift dia la tuu untuk 'bekerja'..hehee..

 
Kucing handsome.. Hahaha...Depa ni semua ada nama, tapi pekerja dia je ingat kot. Aku belasah je guna bahasa depa dok meow-meow je .


 
Kucing ni sebenarnya pandang aku. Kamera kat bawah. Saja nak bagitahu.





I love this cat. Muka dia tak boleh blah.




Haha..That's all. bye

Haneul Park in Seoul (하늘공원)


Nak dijadikan cerita  ( aku tak tahu kenapa aku suka phrase ni) hari tu aku tak larat nak duduk kat rumah melepak atas katil plus mengadap laptop je memanjang, kitorang (geng-geng yang sama mereput macam aku) pun decide nak pergi Skypark @ haneulGongwon laa bahasa korea nya.

Sebelum ni banyak budak-budak share gambar kat Skypark ni, aku tengok cam pergh la gambar kat tengah-tengah lalang. Cantik la jugak. Kalo kat malaysia, orang pandang sebelah mata je lalang. Sampai Korea berebut datang semata nak tengok lalang. Hahaha.



Ha, yang kat atas ni kucing yang kiuttt sangat, Saja nak cerita kot2 ada yang tak kenal kucing.=.='
Banyak sebenarnya lagi kucing, sebab pekerja2 yang kerja kat situ (iyolah, kerja kat mana lagi kan) macam jaga kucing-kucing ni. Banyak sangat. Kucing-kucing ni korang akan nampak kalo korang choose untuk naik tangga banyak cket rasa macam more than 290 tangga.  Gedik je, aku dah search. Encik naver kata 291 anak tangga..haha.




Korang tak rasa comel ke kucing ni. Siap posing lagi. Menyampah. Rasa nak sumbat dalam kotak pos ke Malaysia tambah koleksi.


As yang korang boleh tengok dalam gambar atas ni, ada orang pakai jumper (we called it baju belon) which means kitorang naik ni time musim sejuk la sebenarnya. Tu je cerita dia..haha.. So beli hot coffee la.. orang kata hipster. Sejuk2 gini memang xde benda lain ko nak, kalo tak hot choco, hot coffee. Milo takdak orang jual.



Lalang. Haha.

 Ni version yang cantik siket la. Sebab cam ada isi siket. Tapi bila ambik gambar seriously memang cantik. Aku yang takde skill ni amek pun cam cantik gila. Bagi mata aku la. Tak tahu la untuk orang yang memang pro dlm photography.

Okey bye.

Tu je aku nak share@simpan kenangan anak cucu aku.

Simpan Duit Ikut Warna


Assalamualaikum.

Aku tulis post ni sebab sekadar nak share pengalaman. and ingatan untuk diri sendiri dia masa hadapan nanti so that aku boleh menabung lagi macam ni.

huhu

Sepanjang aku belajar dekat sini, alhamdulillah Allah kurniakan aku kemudahan untuk belajar, Maksud, tak perlu jadi macam orang korea yang kena buat kerja part time sambil belajar. Bukan macam student kat malaysia eh, aku cakap ni sebab aku pernah jumpa oppa sama course dengan aku dah sepuluh tahun dia tak graduate lagi sebab kena cari duit untuk sambung belajar.
Orang Malaysia ada bantuan PTPTN, scholarship.................................................................

Pssttt..Aku faham JPA dah suspend scholar, Mara pun lebih kurang je.

Tapi orang korea hidup memang sambung belajar tanpa bergantung harap langsung dekat parents, tanpa berhutang walaupun ambik masa yang lama. Yang heran, orang lain pun xkisah.

Kau cuba bayang ada abang or kakak course ko, dah sepuluh tahun belajar degree tak graduate sampai la sekarang. Agak-agak apa la orang melayu kata.

Makcik kat kampung dok pakat kata: Asyik gagal la tu. Tu yang tak habis2 belajar
Pakcik kat kampung: Udah-udah lah belajar. Sara mak bapak kau ni pulak.
Abang: Beb, aku malau tengok ko belajar 10 tahun tak habes lagi.
Mak kat kampung dah risau orang pakat mengata anak dia, pergi lah carik along
Along pun senyum suka hati

Okey, tu worst situation laa sebenanya.

Tapi sampai Korea, tu jadi case biasa. In fact, education dorang memang sangat berkualiti. Mungkin berkat kot belajar tak berhutang. Kita, nak bayar hutang pun tangguh, Yang bagi hutang pun sibuk nak naik interest bagai.

*Aku tahu, aku cakap senang la budak scholar, tapi aku just nak cerita culture sini.

Hasil Simpanan aku satu semester

Haaa..

Nak dijadikan cerita, aku ni bukan lah budak yang reti simpan siap2 duit. Contoh, bawak keluar rm200 sebulan masuk dalam bank simpanan. Takde makna nya semua itu, Aku akan guna jugak. 

Tapi bila banyak pulak orang share cara simpan duit ikut color ni, aku pun try, sebenarnya dah lama jugak aku simpan duit guna cara ni. Tapi biasanya aku terus tukar ke duit malaysia masuk tabung haji biar dia beranak sendiri dalam tu. Alhamdulillah, not bad jugak la duit yang aku boleh simpan. Termasuk duit gaji jadi tour guide tak bertauliah sekali sekala.

Tu je la. Sekarang pukul 1 pagi. Larat pulak aku stay up tulis post ni. Good night uolss semua.

Semoga bermanfaat.







Saturday, January 16, 2016

JANGAN JUDGE 1.0

Hampir dua hari aku tidak keluar rumah menyebabkan aku rasa sesak nafas. Sesak nafas melihat empat penjuru bilik yang kecil. Sesak nafas melihat ‘screen’ computer riba aku yang kecil,  sesak nafas makan makanan segera yang tidak sihat.

Aku membuat keputusan untuk keluar melihat alam, menghirup udara musim sejuk Incheon. Argh, tak kisah lah kalau pun cuaca sudah mencapai tahap bawah kosong. Aku terus mencapai tudung dan menyarung jaket.

 Alhamdulillah, sempat lagi tengok dunia. Aku mengatur langkah ke arah coffee shop kegemaran aku, Paik’s. Paik’s Coffee shop yang bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis coffee yang murah, bahkan banyak dan sedap! Memang kalau aku beli, hampir separuh hari jugak aku perlukan untuk habiskan coffee Paik’s ini.

‘Wonjo naengkopi hana chuseyo (원조냉커피하나주세요- Kopi Ais original satu),’ ujarku kepada pekerja Paik’s sambil tersenyum. Uish, lamanya aku tak jumpa manusia. Rasa nak senyum dekat semua orang. Almaklumlah, terperap dalam bilik selama dua hari. Agak-agak apa perasaan. Seronoknya keluar bilik!

Sementara menunggu pesanan, aku sekadar memerhatikan karenah beberapa gadis korea yang turut sedang menunggu pesanan. Mereka bercakap dengan suara yang sangat kuat. Kadang-kadang tercetus ketawa dari perbualan mereka. Isi perbualan? Tak usahlah dibicarakan, lagha semua itu.

‘Hish, kuatnya. Bising lah’.

Semestinya aku hanya mampu bermonolog sendiri. Jangan tempah maut nak cakap kuat-kuat benda yang menyakitkan hati orang. Ehehe

‘ Wonjo naengkopi nawassemnida!(원조냉커피 나왔습니다-Kopi Ais original siap),”

Terus aku mengambil pesanan aku lantas keluar dari coffee shop tersebut, meneruskan perjalanan aku ke destinasi lain. Destinasi yang ada makanan sedap. Hahaha.

Aku terserempak lagi dengan beberapa lelaki korea yang juga bercakap dengan suara yang kuat. Mereka sedang berbincang sesuatu yang serius agaknya.Macam nak bergaduh dah aku tengok. Aha, tengah berdebat pasal ‘nak makan mana’. Tidak dinafikan lagi memang satu isu yang serius; kalau salah langkah boleh membawa pergaduhan yang besar. Lagi sekali, aku hanya mampu untuk bermonolog dalam hati.

Aku terfikir, kenapa semua orang yang aku lihat hari ini bercakap dengan suara yang kuat? Mereka seolah-olah tidak ‘consider’ orang lain, seolah-olah tenggelam dalam dunia mereka. Atau hanya aku seorang yang berperasaan begitu?

Aku cuba untuk memahami mereka dengan meletakkan diri aku dalam keadaan mereka.

Situasi mereka: Aku berada dalam sekumpulan kawan yang aku selesa, sangat rapat. Sudah tentu aku akan bercakap dalam keadaan yang ‘excited’ kata orang putih.

Situasi aku ketika itu: Aku baru keluar rumah, lama tak jumpa orang, dan jalan seorang diri. Sedih gila.

Dapat tak point aku? Kadang-kadang, aku sendiri pun kalau aku jumpa member seangkatan tak betul dengan aku, aku pun rasa happy, cakap kuat-kuat, gelak kuat-kuat. Aku dengan kawan-kawan aku setakat ini dalam lima tahun duduk negara yang tak faham BAHASA MELAYU, adalah dalam sepuluh kali jugak kena tegur sebab cakap terlalu kuat. Bahasa yang orang tak faham pulak tu.

Analogi dia mudah.

Setiap kali engkau, engkau dan engkau nak judge orang, tolong letakkan diri kau dalam tapak kasut orang tu sendiri. Lepas tu, kau akan faham jugak. Aku baru dapat kesedaran tu hari ni.
Alhamdulillah.


I learned something selepas mereput dekat rumah dua hari.


Nilah coffee Paik's yang aku beli on that day. Sedap sangat!*lovelovelove*