Friday, February 12, 2016
Korean + Manner
Lama sangat aku berehat nie. Ehe.
Banyak urusan yang nak kena diuruskan, so aku settlekan dulu apa yang patut.
Haha. gedik je. Mana ada urusan. Malas je lebih
Okey fine. Hari ni aku macam takde kerja sangat, so lepas subuh aku lepak je la atas katil tunggu masa bank bukak sebab aku nak pi tukar duit (gedik, padahal bank pukul 7 dah bukak. Kalau aku tak silap). Ngam-ngam pukul 10 pagi, aku siap-siap keluar rumah bawak laptop, bawak buku, and duit semua.
First: Dekat bank, macam biasa pekerja tu sambut dengan senyuman penuh mesra. Walaupun pagi-pagi biasanya takde orang, tapi dalam 4 kaunter jugak bukak. Sangat beza la kalau kat Malaysia. Biasa aku pergi bank dekat Malaysia, urgh...Boleh dapat darah tinggi sebelum 30 tahun. Rasa nak mengamuk je. Orang ramai, bukak kaunter nya satu. "BIJAK CERDIK"
Okey. Pastu aku cakap lah aku nak tukar duit. Dalam 5 minit je selesai urusan aku. Tak payah tercangak lama-lama sampai sejam. Nak cerita jugak lah, aku pernah tercangak dalam sejam jugak kat bank semata nak buat akaun. LOls sungguh. Pastuh, bukan nak senyum. Bukan lah nak kata apa, tapi dah tahu kerja ko tu jumpa customer, memang duduk dekat depan kaunter, ko nak taknak kena jugak senyum. Kat Korea ni, kalo ko tak senyum, ko boleh kena report. Tak payah tunggu customer, manager dia sendiri pecat ko. Okey. Tu satu bebelan luar biasa panjang. Bukan ape, bengkek je.
Second: Aku pergi lepak kedai kopi lepas pi bank. Macam biasa sejuk hati tengok orang kat kaunter. And sebenarnya aku kena tunggu budak korea ni sebab nak bagi buku. Erm...
And ni bukan first time la. Dalam 3 kali aku berurusan dengan orang korea, kalo dia rasa terhutang budi dengan ko, ko nak tak nak ke confirm dia akan beli kan something untuk ko.
Contoh 1) Aku pernah terbuat dalam 80% la jugak report and tak pasal-pasal report team aku dapat highest mark pulak dalam kelas tu. So team member aku belanja makan sebab serba salah rasa macam dia dapat markah free jugak.
Contoh 2) Aku bagi buku free je kat budak ni. Dia belanja coffee.
Contoh 3) Aku bagi buku free je kat budak ni. Dia belanja kek.
Nak kata, dorang ni selagi boleh taknak terhutang budi dengan sesapa. Ko buat baik, dia terus balas tang tang tu jugak.
Third) Aku ngan roomate aku cam baik la jugak dengan tuan rumah, Dia punya sedihnya bila tahu tarikh kitorang balik, bape kali ntah nanges.
Setakat ni, yang aku nampak orang korea ni sangat menjaga manner, sangat menghargai orang kalau dia dapat benefit @ dapat kebaikan dari ko. Aku cerita bukan apa, sebab kadang-kadang sedih bila tengok orang melayu kita @ kadang sedara ko sendiri, dia tak hargai apa ko buat, and anggap kebaikan yang ko buat tu adalah satu benda yang memang sepatutnya berlaku.
Contoh: Aku penah jumpa budak taks enonoh macam ni. Dia waktu susah bukan main lah beriya nak mintak tolong bagai, senyum, contact msg hari-hari . Tapi bila dah dapat, msg terima kasih pun takdak!. Ha. Ni perangai.
Pernah gak jumpa, budak yang pinjam assigment member, tiru sedap tak sedar member tu tak tido malam buat kerja. Aku memang tak dapat nak kata apa lah sebab perangai manusia memang banyak jenis.
Tapi aku nak persoalkan macam mana orang korea ada common sense untuk buat baik, tapi orang kita takde sense langsung?
Dah, habes dah bebelan aku. Bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment